Assalamualaikum dan salam sejahtera saya Fazira bt Kodir.Buat pertama kalinya saya beajar cara untuk membuat blog.Ribuan terima kasih kepada Dr.Fariza dan rakan2 kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya untuk belajar tentang komputer dengan mengikuti kelas Komputer dalam Pendidikan.Walaupun untuk pertemuan pertama saya banyak mempelajari perkara yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini.Pada pertemuan kali pertama ini saya serta rakan2 diberi pengenalan tentang untu membuka akaun blog weebly.Saya juga baru tahu terdapat blog page dan standard page.dimana fungsinya yang berbeza beza iaitu standar page adalah untuk personal manakala blog page adalah untuk dibaca oleh umum dan istimewanya boleh berbalas komen dangan rakan2 atau pembaca.Selain ia juga boleh digunakan untuk bertukar tukar pendapat.Salam perkenalan semua.senyum sokmo!
0 Comments
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.Pada minggu ini iaitu minggu 14 dan minggu terakhir kami.Kami perlu membuat perbentangan tentang video yang telah kami terbitkan.Antara tajuk yang dipilih oleh kami ialah Mobile-Learning, Keselamatan Komputer dan Internet, Dan Pendidikan alaf 21.Dengan membuat video ini kami lebih mudah memahami tentang tajuk yang dibincangkan kerana dengan menerbitkan video kami lebih tertarik untuk melihat dan fokus kepada pembelajaran.Selain itu saya juga banyak belajar tentang cara menerbitkan video serta saling memberi pendapat di dalam kumpulan.Kami juga memperoleh pengalaman yang akan kami gunakan untuk pengajian kami seterusnya.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.Pada minggu ini kami telah mempelajaritentang komputer sebagai alat,pengajar dan pelajar. Fungsi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran kepada beberapa kategori utama iaitu komputer sebagai ’alat’, komputer sebagai ’guru’, dan komputer sebagai ’pelajar’.Apabila digunakan sebagai tutor "komputer ini membentangkan beberapa bahan subjek, pelajar akan menjawab komputer menilai tindak balas, dan, dari hasil penilaian, menentukan apa yang perlu hadir seterusnya.Apabila digunakan sebagai alat komputer mempunyai beberapa fungsi yang menjimatkan masa pelajar dan membolehkan pelajar untuk menumpukan tenaga intelektual pada tugas-tugas aras tinggi.Apabila digunakan sebagai tutee komputer itu 'mengajar' sesuatu dengan yang diprogramkan oleh pelajar tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada minggu ini kami diberi kepada 3 kumpulan iaitu 4 0rang satu kumpulan.Kami perlu menerbitkan video tentang tajuk yang pernah kami pelajari pada minggu yang lepas.Kumpulan saya telah memilih untuk membuat tentang tajuk Mobile-Learning.Pada minggu ini kami diberi banyak pendedahan tentang aplikasi untuk membuat story board dan untuk membuat penerbitan video.Antara nya ialah Powtoon.Kumpulan kami telah memilih powtoon.Saya sangat meminati part penerbitan video kerana ini kali pertama saya mempelajari tentang cara2 untuk menerbitkan video.Kami juga diberi peluang oleh Dr Fariza untuk berbincang untuk membuat story board.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada minggu ini Dr Fariza telah membuka satu satu brochure yang kami buat pada minggu lepas supaya dapat berkongsi dengan rakan rakan sekelas serta rakan2 boleh memberi pendapat jika ada kekurangan.Kami juga saling berkongsi pendapat tentang brochure masing2.Disamping itu kami juga boleh lagi mengenal satu sama lain.Selepas itu Dr Fariza telah menyuruh kami membuka Microsoft Excel.Kami diberi penerangan satu persatu tentang cara penggunan Excel.Kami juga perlu membuat Markah pelajar dengan mengisi nama seramai 30 orang pelajar serta 7 matapelajaran sekali dengan gred.Kami diberi tugasan untuk mencari min serta membuat graf berdasarkan markah pelajar dimana kami perlu explore sendiri cara untuk membuat graf tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada minggu ini kami telah memepelajari tentang Microsoft Publisher.Dr Fariza telah menerangkan kepada kami cara penggunaan microsoft publisher.Kami perlu membuat Brochure tentang diri sendiri ataupun tempat yang kami ingin kunjungi.Kami perlu memilih salah satu tajuk.Saya sangat seronok membuat Brochure ini kerana saya perlu explore sendiri cara untuk membuat brochure menjadi cantik dan sesuai dengan tajuk yang dipilih.Saya telah memilih tempat yang ingin saya kunjungani.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada minggu ke 9 kami perlu menyiapkan laporan tentang kajian.Laporan yang dibuat perlu ditunjukkan kepada Dr Fariza supaya dapat perbetulkan kesalahan yang terdapat dalam kajian kami.Pada minggu ini juga Dr Fariza telah menerangkan kepada kami tentang google drive.Salah satu penggunaan google drive ialah Boleh buka dan lihat file apapun,Simpan file seseorang di tempat yang aman,Akses dimana saja,Buka dan lihat file apapun,Simpan file seseorang di tempat yang aman.Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang penggunaan google drive selain pendrive dimana boleh menyebabkan komputer terkena virus.Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Pada minggu ke 8 kami hanya meneruskan tugasan yang diberikan dengan mencari maklumat tentang kajian kami.Disamping itu kami juga bertanya kepada kepada Dr Fariza samada kerja yang kami lakukan betul ataupun salah.Disamping membuat kajian kami telah memepelajari banyak perkara berkaitan dengan komputer.Pada minggu ini Dr Fariza check kitorang punya objektif kajian supaya sesuai dengan tajuk yang diberikan.Kami diberi msa sekurang2nya 5 minggu untuk siapkan kajian ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Pada minggu ke 7 kami perlu mencari partner untuk membuat kerja kursus.Saya bersama partner saya iaitu Taufik telah memilih untuk membuat kajian tentang Keselamatan Komputer dan Internet.Setelah semua rakan-rakan saya memilih tajuk dan partner Dr Fariza telah menerangkan satu persatu cara untuk membuat kajian ini.Bermula dengan membuat pengenalan,objektif kajian,sampel kajian,soal selidik, dan lain-lain.Kami juga telah mempelajari cara2 untuk menggunakan google form.Selepas Dr Fariza menerangkan cara penggunaan google form baru saya faham ada cara mudah untuk membuat borang soal selidik.Ketika saya di tingkatan 6 saya pernah membuat borang soal selidik tetapi menggunakan word kerana saya tidak tahu cara untuk menggunakan google form.Jelas sekali dengan menggunakan google form lebih senang dan tidak rumit untuk membuat soal selidik.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Minggu ini sedikit istimewa kepada saya dan rakan2 serta Dr.Fariza kerana minggu ini kami dikunjungi oleh dua orang juri untuk melihat bagaimana pembelajaran kreatif dan aktif dijalankan di dlam kelas dimana pelajar dan pensyarah perlu bersama2 aktif dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Selain itu ,semasa dalam kunjungan juri itu,kami telah dibahagikan dalam group dan kami diberi sehelai kertas bercorak.kami perlu memuat naik aplikasi aurasma kemudian scan kepada kertas yang diberikan .Ia mengeluarkan hasil yang luar biasa dimana kami dapat melihat video keluar semasa kami scan .kami memperolehi tajuk yang perlu kami bentangkan melalui proses tersebut.kami dibahagi kepada 4 kumpulan .Saya memperolehi banyak perkara baharu setelah mendengar perkara2 yang dibentangkan kawan2 saya.sekian dari saya ,terima kasih
|
AuthorFazira kodir berasal dari Kelantan daerah Pasir Mas. Archives
January 2017
Categories |